Oleh SITI AZIELAH WAHI
CYBERJAYA – Tiada lagi radius 10 kilometer dalam peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata orang ramai kini dibenar untuk bergerak melebihi radius 10 kilometer di bawah PKPB yang berkuat kuasa hari ini.
” Peraturan itu yang terpakai dalam PKP terdahulu, sudah tidak dilaksana di bawah PKPB.
Tidak ada lagi radius 10 kilometer dalam peraturan PKPB,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP hari ini.
Bagaimanapun kata beliau rentas negeri masih dalam senarai yang dilarang dan belum dibenarkan dalam PKPB.-MBNews