Tiada tindakan warga asing tamat tempoh visa

0
192

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, warga asing yang telah tamat tempoh pas lawatannya tidak akak dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

“Ini kerana memandangkan sepanjang perlaksanaan Perintah Kawan Pergerakan (PKP) perkhimatan Jabatan Imigresen ditutup,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, warga asing yang telah tamat tempoh pas lawatannya juga mempunyai dua pilihan sama ada mahu memanjangkan tempoh pas lawatan atau pulang ke negara masing-masing.

“Kalau mereka mahu pulang, mereka ada dua pilihan, iaitu yang pertama apabila sampai ke lapangan terbang, mereka hanya perlu menunjukkan tiket penerbangan pulang dan kita akan lepaskan mereka walaupun visa telah tamat tempoh.

“Kalau mereka masih ingin tinggal lama di negara ini, sekarang pejabat Imigresen telah mula buka jadi mereka perlu buat temujanji untuk memperbaharui visa masing-masing melalui permohonan dalam talian,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here