Tiada yang akan terlepas

0
71

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – “Sesiapa yang terlepas pulang ke kampung untuk berhari raya, tidak semestinya akan lepas untuk pulang ke kediaman masing-masing selepas raya nanti,” kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Beliau membuat kenyataan berhubung tindakan seorang individu yang membuat kenyataan di media sosial bahawa tiada sekatan jalan raya dibuat sepanjang perjalanannya merentas sempadan negeri untuk pulang ke kampung.

Jelas Ismail Sabri, berkemungkinan terdapat lorong-lorong tikus digunakan orang ramai sehingga mereka boleh membuat pergerakan merentas negeri.

“Sekatan dibuat kebanyakan di tol memandangkan kerana orang ramai balik melalui tol dan juga jalan-jalan lama.

“Tapi mungkin juga ada jalan-jalan tertentu atau lorong tikus yang digunakan menyebabkan mereka lepas pulang ke kampung,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here