Tiga lelaki ditahan main meriam karbaid ketika PKPB

0
244

PASIR SALAK – Polis menahan tiga lelaki yang bermain dan memiliki bahan letupan meriam kabaid di tepi Padang Astaka Desa KPMP di Kampung Gajah dekat sini semalam.

Tangkapan ke atas kesemua lelaki tersebut pada pukul 10.30 malam itu dilakukan oleh pasukan khas Covid-19 yang sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Barudin Wariso berkata, ketika pasukan polis tiba di lokasi kejadian, seorang lelaki berusia 19 tahun dan dua lelaki berusia 22 tahun sedang bermain meriam karbaid di tepi padang awam.

Katanya, pihak polis telah memperkenalkan diri dan bertanyakan tujuan ketiga-tiga lelaki itu berada di padang tersebut namun mereka gagal memberikan alasan yang kukuh dan munasabah.

“Pemeriksaan fizikal ke atas lelaki-lelaki itu tidak menjumpai sebarang barang yang menyalahi undang-undang.

“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga tangkapan sedang bermain meriam karbaid dan mula bermain dari pukul 9.00 malam serta melepaskan empat das tembakan sebelum mereka ditahan,” katanya seperti dilaporkan Perak Gazette.

Menurut beliau, ketiga-tiga mereka kemudiannya ditangkap dan beberapa barang dirampas termasuk sebatang paip pvc berwarna hitam dan sebatang paip simen yang diubah suai serta sebatang kayu yang digunakan untuk mencucuh meriam.

Katanya, turut dirampas satu bekas plastik mengandungi serbuk warna putih disyaki karbait, satu botol plastik berisi cecair berwarna kuning disyaki diesel dan satu guni plastik berwarna merah yang digunakan untuk menutup lubang meriam.

“Ketiga-tiga mereka tidak mempunyai rekod jenayah dan ujian saringan air kencing juga negatif,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here