Tindakan jika gagal patuhi SOP di taman

0
126

CYBERJAYA- Individu yang gagal mematuhi penjarakkan sosial ketika beriadah di taman-taman awam boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai masih lagi tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi meskipun kelonggaran untuk beriadah telah diberikan.

“Apabila ke taman kita (kena pastikan) ada penjarakkan sosial, jadi taman itu luas kita boleh (lakukan) jarak. Tetapi kalau kita pergi secara berkumpulan dan tiada penjarakkan, maka akan ada penguatkuasaan di taman-taman tersebut.

“Jadi kita masih boleh ambil tindakan di bawah Akta 342 contohnya saman atau sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Dalam perkembangan lain, Dr. Noor Hisham memaklumkan Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan SOP kepada Kementerian Pengangkutan untuk operasi pengangkutan awam di seluruh negara.

“Antara SOP itu ialah memastikan penjarakkan sosial dalam pengangkutan awam dilaksanakan, menggalakkan penumpang memakai topeng muka serta kerap membasuh tangan menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan.

“Jadi kita juga perlukan tanggungjawab sosial masyarakat untuk patuhi semua SOP yang ditetapkan,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here