Tindakan tegas jual mercun, bunga api dalam talian

0
274
PDRM mengesan terdapat penjualan mercun dan bunga api yang dijual menerusi dalam talian.

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada mana-mana pihak yang menjual mercun dan bunga api menerusi dalam talian tidak benarkan malah menjadi kesalahan yang melangggar syarat serta peraturan ditetapkan.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, DAtuk Abd. Rahim Jaafar berkata, pihaknya mendapati penjualan mercun dan bunga api dijual secara dalam talian telah tular dalam media sosial.

Beliau menjelaskan larangan bermain mercun telah diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 15 Februari 1995 dan larangan bunga api pula sebulan kemudian tahun sama.

“Larangan ini masih berkuat kuasa sehingga kini dan tertakluk di bawah Akta bahan Letupan 1957 (Akta 207).

“Penjualan bunga api perrlu mendapat kebenaran dari PDRM. Syarat dan peraturan yang dikuatkuasakan hendaklah dipatuhi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, sekiranya kegiatan itu masih berterusan, PDRM akan mengambil tindakan tegas dibawah Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) yang boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya.

“Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), penjualan bunga api di premis dan bazar adalah tidak dibenarkan sehingga arahan kebenaran dikeluarkan oleh pihak berkuasa,” tegasnya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here