Tindakan terhadap kelab malam beroperasi tanpa kebenaran

0
288

CYBERJAYA – Kerajaan tidak pernah memberi kebenaran kepada kelab malam atau pusat hiburan di negara ini untuk membuka semula operasi.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Yaakob berkata, mana-mana kelab malam yang didapati beroperasi dianggap melanggar undang-undang dan peraturan yang telah dikeluarkan.

Justeru beliau mengarahkan pihak polis dan pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan untuk memastikan kelab-kelab malam tersebut ditutup dan tidak beroperasi.

“Kita serahkan kepada polis dan PBT untuk ambil tindakan. Tutuplah kerana tidak ada kebenaran diberikan sebelum ini untuk beroperasi,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian berikutan ada pengusaha kelab malam yang mula memuat naik hantaran di media sosial seolah-olah sudah beroperasi. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here