Topeng muka selesai diagih ke peringkat daerah

0
52

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Proses pengagihan topeng muka
kepada 8.16 juta isi rumah telah selesai diagih sepenuhnya ke Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, agihan tersebut dibuat melalui 162 pejabat daerah untuk diedarkan ke isi rumah.

“Seperti diumumkan sebelum ini, Kerajaan telah memperuntukan 32.6 juta keping topeng muka untuk orang ramai.
 
“Daripada segi pengedarannya, dari pusat telah pun sampai ke negeri, dan seterusnya ke peringkat daerah yang mana bertanggungjawab untuk mengedarkan ke setiap isu rumah,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, menurut status terkini beberapa negeri sudah hampir sepenuhnya melaksanakan pengedaran tersebut.

“Cuma mungkin di negeri seperti Sarawak dan Sabah mengambil masa yang lebih lama untuk diagihkan ke setiap rumah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here