Tuduhan terhadap Menteri Kesihatan berniat jahat

0
500

CYBERJAYA – Dakwaan yang menyatakan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba mempunyai kaitan dengan syarikat Khazanah Jaya Sdn. Bhd. (KJDB) adalah tidak benar, berniat jahat dan bersifat ‘membunuh karektor’

Dalam satu kenyataan Pejabat Menteri Kesihatan di sini, menteri tersebut tidak pernah mempunyai sebarang kepentingan perniagaan dalam KJSB atau para pemegang saham syarikat tersebut.

Kenyataan itu menegaskan, menteri berkenaan tidak pernah memberi sebarang arahan kepada pegawai kementerian tersebut meluluskan pemberian kontrak kepada KJSB atau mana-mana syarikat.

“Semua urusan pembelian dan perolehan oleh Kementerian Kesihatan sepanjang perang menentang Covid-19 ini dilakukan mengikut prosedur dan tatacara kewangan yang diketuai Ketua Setiausaha Kementerian dan para pegawai yang bertanggungjawab.

“Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat provokasi umum kemungkinan menteri berkenaan mempunyai kepentingan dalam KJSB berdasarkan kedudukan Iskandar Mriza Ahmad pernah menjadi pengarah syarikat South Asia Noble Sdn. Bhd. (SANSB) mempunyai kaitan dengan pemilik KJSB,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, dakwaan tersebut jelas berniat jahat dan mendorong serta mencipta sangkaan buruk rakyat terhadap menteri berkenaan kerana Iskandar Mirza telah lama meninggalkan SANSB.

“Menggunakan fakta Iskandar Mirza sebagai bekas pekerja (Pengarah SANSB) bagi mengaitkan menteri dengan tuduhan penyalahgunaan kuasa berkaitan syarikat lain sangat tidak masuk akal.

“Iskandar Mirza menyertai SANSB dari 18 Julai 2007 hinga 30 Januari 2015 sementara Tan Boon Keong dan Tan Jiat Jui menyertai SANSB hanya dari 30 Januari 2015,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, sungguhpun begitu, menteri berkenaan mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sedang berjalan dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya.

“Adalah penting untuk sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat penyelewengan berkaitan pembelian oleh Kementerian Kesihatan menyerahkan bukti dan dokumen kepada SPRM. 

“Bukannya melempar tuduhan rambang sehingga menimbulkan fitnah dan gosip tidak benar,” katanya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here