
Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM
CYBERJAYA – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disambung seperti yang tular dalan media sosial semalam.
“Semalam ada tular kononnya kita telah tetapkan sambungan PKPB ini dan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) serts senarai perniagaan-perniagaan yang dibenarkan beroperasi.
“Itu sebenarnya berita palsu, jangan percayalah,,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
Jelasnya, perbincangan samada PKPB akan disambung atau sebaliknya akan dilakukan sebelum berakhir PKPB yang akan tamat pada 9 Jun ini.
“Kita akan putuskan apakah akan ada sambungan PKPB dan SOP yang berkaitan termasuklah SOP yang berkaitan rentas negeri suami atau isteri yang berjauhan.
“Kita faham situasi ini dan saya juga hampir setiap hari menerima permohonan daripada mereka yang terkesan,” katanya.