Tulis nama dan nombor telefon sebenar sebelum memasuki premis

0
286

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Orang ramai diminta menulis maklumat diri yang betul ketika memasuki premis untuk melakukan sebarang urusan supaya dapat dihubungi sekiranya berlaku kecemasan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail berkata pihaknya dimaklumkan ada pengunjung yang meletakkan nama samaran dan nombor telefon palsu menyebabkan mereka tidak boleh dihubungi jika berlakunya kecemasan berkaitan Covid-19 dalam kalangan pelanggan premis.

“Ada yang meletakkan nama sama ran ‘Badang’, ‘Superman’ dan ‘Batman’ serta nombor telefon palsu ketika membuat pendaftaran di premis perniagaan, akhirnya yang susah adalah mereka,” katanya.

Jelasnya pelanggan tidak perlu meletakkan alamat rumah atau kad pengenalan jika bimbang di salah guna namkn nama dan nombor telefon perlulah yang betul.

Sebelum ini, kerajaan memutuskan bahawa pengunjung premis perniagaan hanya perlu meletakkan nama dan nombor telefon bagi memudahkan proses pengesanan kontak jika ada kes positif Covid-19 direkodkan di premis terlibat.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here