Umat Islam sambut Aidilfitri Ahad

0
120
Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad

CYBERJAYA – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Ahad ini.

Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Ahad 24 Mei 2020.”

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here