‘Untuk berjaya, umat Islam perlu bersatu’

0
1109

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Pusat beli belah Malakat Mall masih memerlukan  sokongan tanpa berbelah bagi daripada setiap pengguna Muslim.

Melalui hantaran dalam akaun Facebook Malakat Mall, kenaytaan itu menyeru umat Islam bersatu dan tidak melakukannya secara bersendirian untuk berjaya.

“Dengan lebih daripada 68 peratus Muslim di Malaysia kita  boleh mencapai sasaran yang telah diletakkan. Cabaran utamanya ialah sama ada kita hendak bersatu atau tidak?,” soalnya.

Kenyataan itu turut mengakui, jenama-jenama di bawah Malakat Mall masih mempunyai kelemahan tetapi ia baharu peringkat permulaan.

Katanya, semuanya berada di tahap dan masa untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari.

“Tetapi kalau tanpa sokongan, masakan kelemahan dan kekurangan itu boleh ditukar kepada kekuatan. Untuk menjadi panglima yang hebat perlulah menjalani latihan demi latihan yang lasak dan terus menerus mendapat sokongan. Tanpa latihan dan sokongan maka tiadalah terhasilnya panglima yang hebat,” katanya.

Pihak Malakat Mall berharap usaha itu  terus mendapat sokongan setiap pengguna Muslim.

Jelasnya, ini adalah jihad semua, jihad untuk mengembalikan ekosistem ekonomi Muslim demi untuk mengeluarkan dan membebaskan umat Islam daripada sistem riba.

“Langkah pertama untuk bersama-sama dalam perjuangan ini ialah dengan daftar diri anda sebagai ahli KoPPIM (Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia) di www.KoPPIM.com.my/daftar,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here