Untungkah berdegil?

0
142
GAMBAR HIASAN

PIHAK Kerajaan nampaknya telah menyatakan pendirian kemungkinan mengenakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jika terdapat pertambahan angka pesakit Covid-19.

Walaupun baharu sahaja Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dimulakan, Cakcibor nampak orang ramai seolah-olah sudah kembali kepada biasa, macam tiada apa yang berlaku, sedangkan penularan wabak ini masih lagi tidak dapat dibendung sepenuhnya.

Seperti yang dikatakan oleh pimpinan kerajaan termasuk Perdana Menteri sendiri, sekarang waktunya kita untuk praktikkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, seperti memakai pelitup muka, penjarakan sosial dan macam-macam lagi. Tapi, adakah mesej tersebut sampai ke hati kita semua?

Dan semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menjangkakan, angka kes positif boleh mencecah satu angka dalam dua hingga empat minggu lagi, jika anggota masyarakat patuh pada SOP tersebut yang seharusnya diterima sebagai kelaziman baharu.

Ancaman utama dalam memerangi perebakan Covid-19 adalah perangai dan sikap kita sendiri, adakah kita mahu memberi kerjasama dan patuh kepada arahan yang dikeluarkan.

Mungkin, pada sesetengah orang, tak apa kalau dijangkiti kerana ubatnya ada, dan mungkin juga terlalu yakin pada statistik yang menunjukkan angka kematian di negara ini masih rendah.

Pada Cakcibor, jangan jadi ‘terlalu pandai’ berserah kepada keadaan, kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Ikut sahaja arahan, tak perlu degil sangat dan pertahankan perangai ‘aku yang betul’. Kelak nanti menyesal tak sudah.

Sendiri mau ingat lah….

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here