Ustaz Ismail Kamus tunjuk perkembangan positif, masih di ICU

0
125

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – “Ada sedikit perkembangan baik daripada doktor pagi ini,” kata anak pendakwah bebas, Datuk Ismail Kamus mengenai perkembangan semasa bapanya menerusi Facebook rasmi Ustaz Datuk Ismail Kamus, hari ini.

Semalam, media tempatan melaporkan vateran Pas itu dilaporkan telah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung dan strok ringan serta jangkitan kuman di paru-paru.

Menurut Ismail, berikutan keadaannya yang masih lemah, ahli keluarga membuat keputusan untuk mengekalkan beliau di ICU.

“Setelah habis proses dialisis ada sedikit pengurangan toksin dalam badan. Menurut doktor lagi, jantung masih lemah dan masih diberikan ubat untuk sokongan.

“Kami membuat keputusan untuk terus kekal di ICU selagi tidak memerlukan alat sokongan pernafasan.

“Mohon semua untuk terus berdoa untuk abah. Doktor akan sentiasa pantau perkembangan abah dari semasa ke semasa,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here