Ustaz Kazim Elias dimasukkan ke hospital

0
297
Ustaz Kazim ketika menerima rawatan Ahad lalu

CYBERJAYA- Pendakwah terkenal, Datuk Mohammad Kazim Elias dimasukkan ke dalam wad di sebuah hospital swasta di Ipoh selepas mengadu sakit perut, pinggang dan bahagian belakang badannya.

Menurut pegawai khas beliau, Jasmin Mastan, Mohammad Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim sebelum ini telah mengadu tidak dapat tidur sejak dua bulan lalu.

“Sebelum ini, beliau menghadapi masalah tidak boleh tidur lebih daripada dua bulan dan sejak dua minggu ini kesihatan beliau semakin tidak stabil sehinggalah dikejarkan ke wad kecemasan pada Ahad lepas.

“Beliau telah menjalani imbasan Pengimejan Resonans Magnetik ( MRI) dan ultrasound sebaik sahaja dimasukkan ke hospital,” katanya dalam laman Facebook milik Ustaz Kazim hari ini.

Dalam pada itu, Jasmin berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan daripada pihak doktor mengenai masalah kesihatan yang dihadapi beliau

“Saya dengan rendah diri memohon kepada semua agar dapat mendoakan kesihatan yang baik diberikan kepada beliau,” ujarnya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here