[VIDEO] Doa Ustaz Azhar Idrus untuk geng Malakat Mall

0
1034
Doa Ustaz Azhar Idrus untuk Malakat Mall

KUALA TERENGGANU – Walaupun terlalu singkat, pertemuan dengan Ustaz Azhar Idrus pada Ahad lalu cukup bererti bagi anggota Pasukan Tindakan Kecemasan Brainy Ranger (BERT).

Persinggahan kira-kira 45 anggota sukerelawan BERT untuk menyerahkan bantuan kepada pertubuhan amal Fisabilillah itu menjadi lebih bermakna apabila disambut dengan doa oleh tokoh agama Pantai Timur itu.

Pada pertemuan di perkarangan kediamannya, Ustaz Azhar yang menaungi Fisabilillah sejak 2016 mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pasukan Malakat Mall yang datang dari Cyberjaya ke Terengganu.

“Mudah-mudahan ‘geng’ Malakat Mall melalui program Zero Hunger ini dipermudahkan urusan untuk menyampaikan bantuan kepada orang yang susah.

“Semoga Allah membalas jasa baik kalian semua dan sentiasa diberi peluang oleh-Nya berbuat kebajikan seperti ini,” katanya kepada Malakat Tribune.

Wan Safari Wan Ahmad

Sementara itu, penasihat kepada Ustaz Azhar Idrus, Wan Safari Wan Ahmad berkata, sumbangan Zero Hunger itu akan diagih dalam masa 24 jam untuk golongan miskin dan memerlukan di sekitar Kuala Terengganu, Marang dan Setiu.

“Semoga Allah memurahkan rezeki-Nya kepada Malakat Mall.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada penderma-penderma dan anggota NGO yang memberi kepercayaan kepada Fisabilillah iaitu pertubuhan amal yang dikelolakab oleh Ustaz Azhar Idrus sejak empat tahun lalu.

Program Zero Hunger diperluaskan ke Terengganu pada Ahad dan Isnin lalu dengan pengagihan 1,065 pek barangan makanan. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here