RAUDHAH CITY – Kempen ‘Buy Muslim First’ (BMF) atau Utamakan Produk Muslim akan diperkasakan dalam masa terdekat untuk mendorong masyarakat membeli produk keluaran umat Islam.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, perkara itu timbul selepas pihaknya melihat produk keluaran Muslim bagus serta berkualiti dan berdasarkan sedikit pengalaman, usahawan terbabit menghadapi banyak kekangan.

“Kalau hendak bantu mereka kita perkasakan produknya. Maka kempen kali ini kita cuba bawa dalam melonjakkan lagi pembelian produk Muslim.

“Sebab itu jika ada pelanggan (mengadu) kalau ada kekurangan biasalah itu adalah satu proses. Terus beri maklum balas dan pada masa sama jangan berhenti menyokong (produk keluaran Muslim),” katanya ketika ditemui hari ini.

Beliau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil menyeru kepada mereka yang belum pernah ke Malakat Mall datang ke sini dan jika tidak mampu sekadar berkongsi makluman kepada rakan-rakan.

“Kita berada dalam bulan Ramadan, bulan yang mendidik kita untuk berjuang. Insya-Allah seperti saya sebut sebelum ini kita harus keluar daripada isu covid-19 ini.

Kempen BMF diperkasakan

“Ia berikutan kesannya lebih kuat dari segi ekonomi dan caranya kena sokong perjuangan Malakat Mall. Jangan bimbang pihak pengurusan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditentukan kerajaan,” ujarnya.

Beliau juga menyeru kepada usahawan supaya merebut peluang dan ruang yang disediakan di pusat beli belah itu untuk membuka perniagaan masing-masing.

Dalam pada itu beliau memberitahu, Malakat Mall kembali beroperasi dengan beberapa kedai yang dalam proses pembukaan semasa pembukaan 13 Mac lalu telah beroperasi sepenuhnya.

Coach Fadzil berkata, antara kedai tersebut ialah menjual peralatan sukan dan rekreasi, Tahan Sport; kedai perkasasan milik pertama orang Islam, DIY Malaya dan kedai menjual alat tulis, Conteng.

Selain itu ruangan ditingkat dua yang khusus kepada usahawan Muslim menjual pelbagai produk turut dibuka semula kepada pengunjung.

“Orang Islam boleh datang ke sini dengan memberi sokongan dengan membeli barangan keperluan keluarga dan kepada usahawan Muslim, terdapat banyak lagi ruang yang boleh dimasuki dalam pusat beli belah itu,” ujarnya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here