[VIDEO] MEDAC kagum produk IKS Muslim di Malakat Mall

0
2769
Mohd. Fadzil Hashim (kanan) memberi penerangan tentang produk keluaran PKS Muslim kepada Zamri Salleh (dua dari kanan) sambil diperhatikan Nadzim Johan (kiri) di Malakat Mall Raudhah City, Cyberjaya hari ini.

RAUDHAH CITY – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) bersedia menjalin kerjasama dengan pusat beli belah Malakat Mall dalam mewujudkan program tertentu bagi meningkatkan penyertaan usahawan bumiputera dalam bidang perniagaan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian itu, Datuk Zamri Salleh berkata, pihaknya akan menimbang beberapa cadangan Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim bagi menganjurkan program tertentu berkaitan keusahawanan.

“Lawatan hari ini adalah susulan perbincangan yang diadakan pada 17 April lalu ketika Coach Fadzil membentangkan kertas kerja kepada pihak pengurusan tertinggi ketika mengunjungi kementerian itu.

“Alhamdulillah dengan melihat sendiri perkembangan Malakat Mall dan juga cadangan-cadangan daripada Coach Fadzil menerusi program spesifik yang mana banyak ruang kerjasama boleh dijalin dengan kementerian,” katanya.

Bakal jalinkan kerjasama dengan Malakat Mall

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Malakat Mall bersama kira-kira 15 pegawai dan kakitangannya di sini hari ini.

Zamri Salleh (kiri) bersama Mohd. Fadzil Hashim (kanan) melawat kedai DIY Malaya yang terdapat di Malakat Mall.

Lawatan selama kira-kira sejam itu yang turut dihadiri Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan meninjau beberapa kedai yang terdapat di dalam Malakat Mall yang produknya dikeluarkan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Muslim.

Beliau juga melihat usaha Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) satu program yang baik berikutan cuba mengumpulkan dana daripada rakyat beragama Islam dan manfaat nanti dikembalikan kepada mereka sendiri.

Mohd. Fadzil Hashim memberi taklimat mengenai program perniagaan kepada rombongan MEDC diketuai Zamri Salleh di Malakat Mall hari ini.

Ditanya mengenai pusat beli belah itu, beliau berkata terkejut dengan produk-produk yang terdapat di dalamnya diusahakan oleh usahawan Muslim.

“Saya terkejut juga apabila melihat tadi banyak produk berkualiti mampu dikeluarkan oleh usahawan Muslim dan bumiputera.

“Dibawah kementerian kita ada pelbagai koperasi yang juga mengeluarkan produk sendiri. Kita akan tengok dimana ruang dan peluang yang boleh diambil bagi menempatkan produk koperasi di Malakat Mall,” katanya.

Beliau berkata, langkah itu sebagai situasi menang-menang iaitu kementerian membantu Malakat Mall dan pusat beli belah itu membantu kementerian dalam melahirkan usahawan berjaya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here