[VIDEO] Sukarelawan kongsi pengalaman agih sumbangan Zero Hunger

0
205

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Tidak dapat memberi, membantu dari segi tenaga dengan menjadi sukarelawan juga merupakan satu amalan mulia yang wajar di puji.

Berapa ramai antara kita sanggup ke depan menghulur bantuan secara sukarela tanpa bayaran?

Tugas mulia sukarelawan seperi ini harus dipuji, mereka tidak mengharapkan balasan, hanya menganggapnya sebagai sumbangan.

Semalam, seramai 99 keluarga B40 menerima bantuan barangan keperluan harian di Kampung Baru, Kuala Lumpur menerusi projek Zero Hunger anjuran Malakat Mall dan Yayasan Brainy Bunch.

Sukarelawan kongsi pengalaman agih sumbangan Zero Hunger

Agihan disempurnakan Sukarelawan Brainy Response Team (BERT).

Salah seorang sukarelawan, Mohd Zainal Arshed, 47, berkongsi pengalaman sepanjang terlibat aktiviti sukarelawan agihan bantuan kepada golongan memerlukan di seluruh negara.

Menurutnya beliau sangat tersentuh setiap kali menerima ucapan penghargaan dan terima kasih daripada penerima bantuan Zero Hunger.

Semoga apa yang dilakukan dicatatkan sebagai amalan untuk bekalan di akhirat sana.

Agihan kepada keluarga memerlukan itu dibuat selepas keluarga terlibat mengemukakan permohonan menerusi platform www.sadaqahmarket.com.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here