[VIDEO] Zero Hunger hargai pengorbanan barisan hadapan JKM

0
377

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

SUBANG JAYA – Program Zero Hunger anjuran Malakat Mall hari ini meneruskan agihan bantuan barang keperluan kepada barisan hadapan dalam kalangan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pengerusi Kumpulan Brainy Bunch, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, Zero Hunger menghargai pengorbanan golongan itu yang bertugas membantu seluruh rakyat Malaysia sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini PKP Bersyarat (PKPB).

Menurutnya, bantuan yang digerakkan oleh Pasukan Tindakan Kecemasan Brainy Ranger (BERT) hari ini melibatkan barisan hadapan dari JKM Subang Jaya dan berharap akan diteruskan bukan sahaja di Subang Jaya malah di seluruh negara.

“Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah berbuat demikian di www.sadaqahmarket.com,” katanya.

Zero Hunger hargai pengorbanan frontliners JKM

Sementara itu, Pegawai Kebajikan Daerah Subang Jaya, Sazali Sudin berkata, beliau berterima kasih kepada pasukan itu kerana memilih JKM Subang Jaya untuk bantuan kepada petugas barisan hadapan.

Menurutnya, tidak dinafikan pengorbanan seluruh kakitangan JKM dalam membantu kebajikan rakyat Malaysia yang dikuarantin di pusat pengawasan seluruh negara antara usaha yang tidak dapat dibalas.

Proses agihan dilakukan oleh sekumpulan sukarelawan Pasukan BERT diketuai oleh Pengarah Operasinya,  Mohd. Fuad Rahim.
 
Menurut Mohd. Fuad, sumbangan anjuran Malakat Mall dengan tajaan dana daripada pelbagai pihak swasta ini bermula di Selangor dan Lembah Klang.

“Sehingga kini kita telah memperluaskan sumbangan ke Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Pahang.

“Pada hari ini kami tidak sangka kebanyakan penerima barisan hadapan JKM ini pertama kali menerima bantuan seumpama ini,” katanya. -MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here