
CYBERJAYA – Walt Disney bakal membuka taman tema terbesar di dunia Walt Disney World secara berperingkat-peringkat mulai 11 Julai.
Memetik laporan Agensi seperti dipetik Malaysia Gazzate pembukaan itu bagaimanapun bergantung kepada keputusan Gabenor Florida untuk meluluskannya.
Menurut Naib Presiden Kanan Operasinya, Jim MacPhee berkata, Disney merancang untuk membuka Magic Kingdom dan Animal Kingdom pada 11 Jun manakala Epcot dan Hollywood Studios pada 15 Julai.
Namun perarakan, pertunjukan bunga api dan aktiviti lain melibatkan tumpuan pengunjung yang besar masih ditangguhkan.
Sekiranya permohonan itu diluluskan, para pengunjung diingatkan untuk mematuhi peraturan dengan memakai penutup mulut dan hidung serta menjalani pemeriksaan suhu badan serta penjarakan sosial.
Pada masa sama, pengunjung juga digalakkan membeli pas masuk ke taman tema tersebut lebih awal dan melakukan sistem pembayaran tanpa kontak dan meluaskan sistem mudah alih dalam pembelian makanan di restoran-restorannya.
Disney telah menutup taman temanya di seluruh dunia sejak Januari lalu dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.