Wanita 106 tahun di Perancis pulih jangkitan Covid-19

0
111
Helene Lefevre – gambar sosial media.

MOSCOW – Seorang wanita berusia 106 tahun di Perancis yang dijangkiti Covid-19 berjaya sembuh.

Menurut akhbar Parisien dipetik laporan berita Sputnik , Helene Lefevre, yang juga penghuni rumah jagaan orang tua di Yvelines disahkan dijangkiti Covid-19 pada 15 April lalu.

Beliau tidak memerlukan rawatan di hospital dan hanya dikuarantin di biliknya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik pada 11 Mac.

Sehingga kini, lebih 3.3 juta orang di seluruh dunia sudah dijangkiti, dengan lebih 237,000 kematian, menurut Johns Hopkins University.

Perancis mengesahkan 167,303 kes setakat ini, dengan korban seramai 24,628 manakala 51,124 pesakit pulih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here