Warga asing lari kuarantin negatif Covid-19

0
154

CYBERJAYA- Seramai 147 pekerja asing yang melarikan diri selepas saringan Covid-19 di satu tapak pembinaan di ibu negara dilaporkan negatif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes berkenaan tiada kaitan dengan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

“Ini bukan masalah SOP, gelombang pertama dahulu pun ada warga China yang lari juga. Yang pasti mereka ini negatif, kita juga sudah buat laporan polis.

“Kesemua mereka perlu dikuarantin selama 14 hari kerana terdedah kepada kes positif Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here