Warga asing tinggal lebih lama perlu keluar selepas 14 hari PKP tamat

0
306
Pelancong asing yang melancong di Masjid Putra, Putrajaya sebelum PKP dikuatkuasakan

CYBERJAYA – Kerajaan membenarkan warga asing yang tinggal lebih masa meninggalkan negara ini tanpa dikenakan sebarang tindakan senarai hitam dan kompaun.

Menurut Jabatan Imigresen dalam satu kenyataan, tempoh lebih masa berkenaan diambil kira bermula 1 Januari lalu hingga 14 hari bekerja selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut kenyataan itu lagi, semua urusan penyelarasan pas bagi warga asing yang tamat tempoh bermula 1 Februari lalu boleh dibuat di pejabat imigresen.

“Urusan itu dibenarkan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas tamat PKP manakala bagi temujanji perkhidmatan kaunter imigresen selain daripada Bahagian Visa, Pas dan Permit dan Bahagian Khidmat Ekspatriat perlu menggunakan Sistem Temujanji Online (STO).

“Urusan ini boleh diakses di pautan www.sto.imi.gov.my bermula Jumaat ini,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, katanya, bagi urusan Bahagian Keselamatan dan Pasport ia tidak memerlukan temujanji.

“Perkhidmatan kaunter Imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara hanya akan dibuka selepas PKP.

“Orang ramai boleh melayari portal rasmi JIM di www.imi.gov.my dan Facebook rasmi imigresen untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tatacara membuat temujanji berurusan di pejabat Imigresen,” ujarnya.

Sementara itu, menurut kenyataan itu, sekiranya orang ramai mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh menhubungi talian 03-88882010 dan 03-80008000.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here