Wuhan: Pelajar menengah atas kembali bersekolah

0
96

CYBERJAYA – Para pelajar sekolah menengah atas di Wuhan, China mula kembali ke sekolah apabila sesi persekolahan dibuka, hari ini.

Menurut laporan AFP, para pelajar yang kembali bersekolah perlu memakai topeng muka dan melalui pengesan suhu apabila memasuki bangunan sekolah.

“Akhirnya, sekolah dibuka kembali!” kata seorang pengguna dalam laman sosial Weibo.

Kesemua sekolah di Wuhan ditutup sejak Januari lalu apabila bandar tersebut dilanda wabak Covid-19.

Di dalam kelas, para pelajar diletakkan secara individu dengan meja dijarakkan satu meter di antara satu sama lain.

Pembukaan sesi persekolahan hari ini merupakan satu langkah kembali kepada kelaziman di Wuhan dan wilayah Hubei.

Bagaimanapun, pihak berkuasa masih belum menetapkan tarikh pembukaan sekolah rendah dan menengah.

Pihak berkuasa meletakkan syarat bahawa para pelajar dan kakitangan sekolah perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum kembali, dan kesemua bangunan perlu melalui proses nyahkuman dan dibersihkan.

Pengesan haba turut diletakkan di pintu-pintu masuk sekolah dan sesiapa yang didapati demam tidak akan dibenarkan masuk.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here