Zero Hunger : APM hargai bantuan Malakat Mall

0
230
Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadhil Hashim (tiga kiri) serah sumbangan kepada pihak APM yang diperhatikan oleh Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Roslan Wahab (empat kiri).

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Pemberian sumbangan menerusi Program Zero Hunger di bawah Malakat Mall dilihat sebagai tindakan perhatian pusat beli belah itu kepada barisan hadapan yang bertugas ketika musim Perintah Pergerakan Kawalan (PKP).

Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Datuk Roslan Wahab berkata, pihaknya menerima sumbangan dari Malakat Mall berupa barang keperluan harian untuk anggotanya.

“Saya berterima kasih kepada Malakat Mall kerana perihatin dengan barisan hadapan. Dengan adanya bahan-bahan mentah ini, kita dapat menyediakan keperluan kepada anggota kita.

“Ada kalanya bilangan anggota ini bertukar dan bertambah dari masa ke masa. Dengan adanya bantuan ini memudahkan kita menyediakan makanan kepada petugas,” katanya kepada MBNews.

Beliau berkata demikan selepas menerima sumbangan bahan makanan di Malakat Mall semalam yang turut dihadiri Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadhil Hashim.

Malakat Mall

Roslan berkata, dengan adanya bantuan itu anggotanya tidak perlu beli dengan kuantiti banyak kerana sudah mendapat bahan asas dan boleh membeli bahan lain.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, APM masih membantu barisan hadapan dalam melaksanakan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara.

Katanya, dengan perubahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pengoperasian APM lebih kepada pengurusan pusat kuarantin melibatkan pihaknya.

“Pegawai dan anggota APM diletakkan sebagai sekretariat dan barisan hadapan di mana kita membantu menghantar makanan kepada mana-mana pihak.

“Selain itu, keberadaan pegawai dan anggota APM di kawasan awam bersama-sama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk memberi nasihat, menegur mana-mana orang awam mengenai penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka jika berada di tempat awam atau minta mereka pulang ke rumah jika tiada keperluan.

“Dalam masa sama, kita juga bantu pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dari segi pengangkutan untuk mengagihkan keperluan mereka yang memerlukan,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here