Zero Hunger diteruskan, masih ramai perlukan bantuan walaupun PKPB tamat

0
212

RAUDHAH CITY – Program Zero Hunger Malakat Mall akan diteruskan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat bagi membantu golongan terjejas terutama mereka yang bergantung kepada sumber perniagaan dan gaji harian.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac dalam mengekang penularan Covid-19 menyebabkan golongan terbabit berikutan tidak dapat meneruskan perniagaan mereka.

Menurut beliau, Zero Hunger tidak hanya fokus kepada golongan asnaf tetapi mereka yang bergantung gaji harian juga perlu dibantu.

“Mereka yang bekerja harian dalam keadaan ekonomi biasa boleh mendapat pendapatan kira-kira RM70 namun selepas PKP fasa pertama dilaksanakan golongan itu terputus sumber pendapatan.

“Apabila kerajaan mengumumkan PKPB bagi hampir semua sektor ekonomi dibuka semula, golongan tersebut masih perlu dibantu kerana mereka belum mendapat pendapatan harian dan tiada duit untuk berbelanja. Selain itu majoriti kerajaan negeri tidak membenarkan aktiviti sepanjang PKPB seperti disarankan arahan Kerajaan Pusat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan sumbangan Gardenia dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kepada program Zero Hunger di Malakat Mall har ini.

Turut hadir, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

Mohd. Fadzil menambah, mereka yang bergaji harian walaupun PKPB melonggarkan arahan bagi membolehkan hampir semua sektor ekonomi dibuka, golongan itu belum tentu mendapat gaji.

Beliau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, program yang dilaksanakan sejak lima tahun lalu tidak hanya fokus kepada golongan asnaf semata-mata.

“Seperti golongan peniaga kecil dan bergaji harian, mereka tiada dalam senarai dibawah agensi kerajaan kerana sebelum ini ada pendapatan tetapi pada waktu ini golongan itu terputus bekalan.

“Kita fokus hanya yang benar-benar yang memerlukan kepada golongan terptus bekalan makanan,” katanya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here