Ziarah 20 orang dihadkan hari pertama perayaan

0
233
Gambar hiasan : Kemeriahan sambutan Aidilfitri pada tahun ini yang pasti sekali berbeza.

CYBERJAYA – Kebenaran berziarah sempena musim perayaan Aidilfitri, Pesta Keaamatan dan Gawai dihadkan pada hari pertama sahaja dengan jumlah pengunjung tidak melebihi 20 orang.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan yang dicapai daripada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam memutuskan beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19.

Beliau berkata, kerajaan memutuskan hari yang dibenarkan menziarah adalah pada hari raya pertama sahaja, itu merangkumi semua hari perayaan kerana semuanya dalam tempoh waktu yang hampir sama.

“Bagaimanapun had 20 orang ini perlu mengikut saiz rumah. Contohnya, jika flat berukuran 600 kaki persegis ahaja, 20 orang itu mungkin terlalu ramai dan tidak boleh buat penjarakan sosial.

“Justeru, mungkin lima orang dibenarkan masuk untuk ziarah pada satu-satu masa, sehingga mencapai kuota 20 orang pada hari pertama perayaan,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Selain katanya, SOP lain yang selama ini dipraktikkan bagi membendung jangkitan tetap perlu dipatuhi dan diamalkan walaupun melibatkan ahli keluarga terdekat.

“Tahun ini cuba elakkan berkongsi makanan dengan orang lain, walaupun ia sememangnya sudah menjadi amalan kita berkongsi makanan dengan adik-beradik dan ahli keluarga,” katanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here