
CYBERJAYA – Sebanyak 174 kes masih aktif dalam kluster Perhimpunan di Seri Petaling dekat sini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menjalankan sebanyak 41,606 ujian sampel Covid-19 membabitkan kluster berkenaan.
“Daripada jumlah itu, 3,373 kes dilaporkan positif. 3,166 lagi adalah kes telah sembuh,” katanya.
Dr. Noor Hisham berkata, kluster itu turut merekodkan 33 kes kematian.
“Setakat ini, tiada pertambahan kes baharu dalam perhimpunan Seri Petaling yang membabitkan lima generasi,” katanya pada sidang akhbar harian Covid -19, Putrajaya hari ini.