18,500 kakitangan awam Selangor terima RM1,000 hari ini

0
102

SHAH ALAM – Sebanyak 18,500 kakitangan kerajaan negeri Selangor Gred 56 ke bawah menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM1,000 secara ‘one-off’ hari ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pemberian bantuan itu turut meliputi kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT), badan berkanun negeri dan anak syarikat kerajaan negeri melibatkan peruntukan berjumlah RM18.5 juta.

“Bantuan ini adalah sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri atas usaha menangani perebakan wabak Covid-19.

“Bantuan kewangan ini akan terus disalurkan ke akaun bank masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada 15 Mei lalu, kerajaan negeri Selangor mengumumkan bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada kakitangan kerajaan negeri Gred 56 ke bawah.

Dalam pengumuman itu, Amirudin turut memaklumkan, setiausaha dan ahli jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di 371 kampung tradisi juga akan turut menerima manfaat dengan pemberian berjumlah RM300 secara ‘one-off’.

Katanya, implikasi kewangan bagi pemberian bantuan khas tersebut berjumlah RM19.835 juta secara keseluruhan..- MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here