23 individu ditahan pada hari kedua PKPP

0
235

CYBERJAYA – Seramai 23 individu telah ditahan dan direman oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) alasan arahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa sama, sebanyak 61 kompaun turut dikeluarkan pada hari kedua perlaksanaan PKPP.

“Jelas menunjukkan bahawa walaupun banyak kelonggaran yang dibenarkan kerajaan namun masih banyak individu diambil tindakan oleh pihak PDRM.

“Jadi bukan bermakna PKPP menggantikan PKPD tidak akan ada lagi tindakan undang-undang dilaksanakan.

“Rakyat perlu patuh kepada setiap prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan yang dikeluarkan jika tidak tindakan undang-undang akan diambil,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan bahawa aliran trafik dan lebuh raya utama di seluruh negara masih lancar walaupun terdapat peningkatan jumlah kenderaan di lebuh raya PLUS dan Karak.

“Oleh itu saya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati di jalan raya dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan kemalangan dan kehilangan nyawa,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here