266 siasatan kes penyebaran berita palsu berkaitan Covid-19

0
106

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) melakukan 266 siasatan terhadap penyebaran berita palsu berkaitan Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah kertas siasatan yang dibuka sehingga hari ini sebanyak 179 masih dalam siasatan manakala 30 kes telah didakwa di mahkamah, 11 diberikan notis amaran dan 18 telah mengaku bersalah.

“Tiada pertambahan kertas siasatan baharu yang dibuka oleh PDRM dan SKMM dalam tempoh seminggu lalu.

“Ini menunjukan kesedaran masyarakat telah meningkat akan kepentingan tidak berkongsi berita palsu,” katanya pada sidang akhbar harian di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri berkata, kerajaan melalui Pasukan Respon Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mengeluarkan 313 penafian dan penjelasan bagi membendung penyebaran berita palsu berkaitan wabak Covid-19.

“Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya dan boleh menyalurkan maklumat kepada PRP di talian 03-8911 5103 atau layari www.sebenarnya.my untuk menyemak kesahihan berita. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here