4 juta pengguna terima elektrik percuma dalam Bantuan Prihatin Elektrik

0
263


Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kerajaan meluluskan peruntukan berjumlah RM942 juta kepada 7.66 juta pengguna elektrik dalam kategori domestik di Semenanjung bagi menggurangkan beban mereka susulan peningkatan bil sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, bantuan tersebut yang disalurkan menerusi Bantuan Prihatin Elektrik akan memberi manfaat kepada empat juta pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan RM77 ke bawah atau penggunaan elektrik 300kWj ke bawah.

Beliau berkata, pengguna berkenaan akan menikmati bekalan elektrik secara percuma bagi bulan April, Mei dan Jun ini.

“Pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300kWj pula akan menerima potongan bil elektrik sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan untuk April, Mei dan Jun 2020,” katanya dalam sidang akhbar khas di Suruhanjaya Tenaga hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, bantuan ituĀ adalah tambahan kepada diskaun bil elektrik di bawah Bantuan Prihatin Elektrik yang dilaksanakan sejak 1 April lalu.

“Dengan pelaksanaan bantuan ini, jumlah diskaun yang diberikan kepada pengguna elektrik bagi tempoh 1 April hingga 30 September 2020 akan meningkat kepada RM2.2 bilion,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, TNB juga setuju untuk menghentikan aktiviti pemotongan elektrik hingga 30 September ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here