416 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19

0
301
Kes petugas barisan hadapan daripada KKM yang dijangkiti Covid-19 tidak menunjukkan sebarang peningkatan.

CYBERJAYA – Kes petugas barisan hadapan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) yang dijangkiti wabak Covid-19 dilaporkan tidak menunjukkan sebarang peningkatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setakat hari ini, seramai 416 kakitangan Kementerian Kesihatan dijangkiti dengan wabak Covid-19 dan pihaknya tidak merekodkan sebarang peningkatan jumlah kes membabitkan kakitangan kementerian itu setakat hari ini.

Beliau berkata, 80 peratus daripada mereka mendapat jangkitan itu dari luar kemudahan kesihatan, manakala kira-kira 20 peratus lagi jangkitan daripada pesakit dan rakan sekerja.

“Kita hanya mempunyai data membabitkan kakitangan Kementerian Kesihatan saja dan tidak ada data membabitkan petugas barisan hadapan daripada agensi lain.

Gambar hiasan.

“Seramai 416 yang dikesan positif tetapi 80 peratus mendapat jangkitan di luar,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, buat masa ini, KKM hanya mempunyai data yang terdiri daripada petugas yang dikesan positif sahaja.

“Kita boleh kumpulkan data keseluruhan melibatkan semua petugas barisan hadapan lain yang positif jika diperlukan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here