60 individu ditahan ingkar PKPB

0
106

KUALA LUMPUR: Seramai 60 individu ditahan semalam, kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata seramai 277 individu pula dikenakan kompaun kerana ingkar PKPB.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 53 individu ditahan dan tujuh dijamin pihak polis.

Menurutnya, PDRM turut mengeluarkan kompaun kepada 277 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKPB termasuk 34 kompaun di sekatan jalan raya.

“Justeru, semua pihak diingatkan supaya mematuhi SOP dan peraturan yang telah ditetapkan. Kerjasama dan kawalan kendiri daripada anda semua amat penting dalam memerangi pandemik Covid – 19 ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sidang akhbar, di sini, hari ini.

Ismail Sabri memberitahu, sebanyak 4,033 Pasukan Pematuhan telah membuat pemantauan dan melibatkan seramai 18,966 anggota.

Katanya, PDRM juga telah mengenakan 133 sekatan jalan raya rentas sempadan negeri (inter-state) di seluruh negara dan memeriksa 194,450 kenderaan berbanding 225,345 kenderaan hari sebelumnya.

“Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM telah membuat 75,182 pemeriksaan semalam (7 Jun 2020), bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here