67 kes baharu di Korea Selatan

0
48

CYBERJAYA – Korea Selatan melaporkan kali pertama peningkatan ketara kes positif Covid-19 dalam tiga minggu ini, dengan laporan 67 kes dalam masa 24 jam lalu.

Menurut portal The Guardian, pertambahan kes ini menjadi angka keseluruhan kes dikesan positif di negara tersebut kepada 12,373, dengan 289 kematian.

Kali terakhir kes bertambah dengan ketara adalah pada 28 Mei lalu, apabila sebanyak 79 kes dilaporkan.

Pecahan kes terbaharu yang dilaporkan, 36 merupakan penularan tempatan, manakala selebihnya kes import.

Menurut pihak berkuasa, kebanyakan kes penularan tempatan dikaitkan dengan aktiviti di kelab malam, kunjungan ke tempat ibadat, aktiviti di gudang e-commerce dan penjual dari pintu ke pintu.

Ketika ini, Korea Selatan sedang bergelut untuk mengawal penularan tempatan daripada terus bertambah sejak arahan kawalan sosial dilonggarkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here