704 PATI, 125 tekong ditahan dalam Ops Benteng

0
207
– Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bangunan Perdana Putra hari ini.?–fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

CYBERJAYA – Seramai 704 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 125 tekong ditahan dalam Operasi Benteng yang diadakan dari 1 Mei hingga semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua ditahan kerana cuba memasuki sempadan negara secara haram terutama melalui lorong-lorong tikus dalam operasi melibatkan polis, Angkatan Tentera (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) itu.

“Turut ditahan 12 individu yang disyaki penyeludup serta 14 kapal.

“Agensi penguatkuasaan juga berjaya mengusir 164 PATI, enam tekong serta 27 kapal yang mencuba membolosi kawasan sempadan negara,”katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Menurut Ismail Sabri, semalam pihaknya membuat sebanyak 49 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 40,969 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI terutamanya di lorong-lorong tikus.

“Operasi Benteng mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak Covid -19,”katanya

Katanya, kerajaan sentiasa memantau dan meningkat kawalan kawasan sempadan negara terutama lorong-lorong tikus.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram.

Agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya lorong-lorong tikus,” katanya.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here