Agong cemar duli santap roti tempayan

0
214
Yang di-Pertuan Agong berkenan bersantap roti tempayan di Pekan, Pahang

PEKAN – Kehadiran tanpa disangka-sangka Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan mencemar duli bersantap di sebuah kedai makan di daerah itu di sini hari ini mengejutkan orang ramai yang sedang menjamu selera.

Menerusi perkongsian dalam laman Instagram Istana Negara, Seri Paduka Baginda dalam perjalanan dari Program Ziarah Kurniaan Ampun Kasih Ke Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Sungai Soi di sini.

Dalam perjalanam tersebut, baginda berkesempatan singgah sebentar menikmati santapan roti tempayan dengan mengenepikan protokol.

Dengan mengenakan baju berwarna hijau, baginda yang duduk bersendirian dilihat gembira menjamu selera hidangan terkenal di daerah tersebut.

Turut kelihatan dalam gambar yang dikongsi itu ialah bersama beberapa pelanggan lain yang duduk di meja berasingan dengan mengikut garis panduan ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here