Akta 342 berkuat kuasa seiring pelaksanaan PKPP

0
164
Ismail Sabri

CYBERJAYA – Kelonggaran yang diberi menerusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai Rabu ini, bukan bermakna semua prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) akan ditamatkan.

Sebaliknya, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peraturan dan SOP di bawah akta berkenaan perlu terus dipatuhi, termasuk penjarakan sosial dan kebersihan diri yang mesti diamalkan setiap masa.

“Kerap mencuci tangan dengan sabun dan memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam,” katanya dalam sidang akhbar harian, hari ini.

Pada masa sama, katanya, operasi sanitasi akan diteruskan terutama di zon merah dan kuning bagi mengekang jangkitan Covid-19.

Ops Sanitaasi masih diteruskan walaupun PKPP akan bermula Rabu ini. Foto internet.

“Ops Sanitasi diteruskan kerana kita tidak tahu dan tidak boleh melihat dengan mata kasar di mana virus itu berada,” katanya.

Dalam pada itu, Ops Sanitasi Awam di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac 2020 telah melakukan 7,780 operasi sanitasi merangkumi 132 zon.

Katanya, semalam (7 Jun), sebanyak 40 operasi sanitasi meliputi 30 Zon di 10 buah negeri antaranya Sabah (10 operasi), Johor (7 operasi) dan Sarawak (6 operasi). – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here