Ali Rustam TYT Melaka yang baharu?

0
199
Mohd Ali Rustam

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd. Ali Rustam dikatakan bakal menjadi Yang Dipertua Negeri Melaka yang baharu.

Sekiranya benar, pelantikan Mohd. Ali itu melakar sejarah kerana selepas 63 tahun apabila menjadi anak negeri yang pertama dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka ketujuh.

Memetik laporan BebasNews, Mohd. Ali yang kini berusia 70 tahun dilihat pilihan tepat menggantikan Tun Mohd. Khalil Yaakob yang akan tamat tempoh perkhidmatan hari ini.

Arahan kuarantin di rumah beliau adalah sebagai persiapan anak kelahiran Bukit Katil itu dijangka mengangkat sumpah jawatan Yang di-Pertua Negeri Melaka di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 5 Jun ini.

Sejak negara mencapai kemerdekaan pada Ogos 1957, enam Yang di-Pertua Negeri yang dilantik kesemuanya datangnya dari luar Melaka. Dua dari dari Perak manakala masing-masing seorang dari Negeri Sembilan, Selangor, Kedah dan Pahang.

Ali Rustam merupakan anak jati negeri ini dan dilahirkan pada 24 Ogos tahun 1949 di Kampung Bukit Katil. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Katil dan SK Semabok.

Beliau melanjutkan pengajiannya di Sekolah Tinggi Melaka (Melaka High School), selepas itu melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia (USM) dan memegang Ijazah Kepujian Sarjana Muda Kemasyarakatan (Ekonomi Pembangunan) pada tahun 1984.

Beliau mendirikan rumah tangga bersama Puan Sri Hajah Asmah Abd. Rahman pada tahun 1985 dan dikurniakan tiga cahayamata iaitu dua lelaki dan seorang perempuan iaitu Mohd. Ridhwan (Ketua UMNO Bahagian, Bukit Katil), Wan Nazirah dan Muhm. Hamka. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here