Apadilangit bersama Planetarium Negara siar secara langsung fenomena gerhana matahari separa

0
207

CYBERJAYA – Orang ramai berpeluang untuk menyaksikan secara langsung fenomena gerhana matahari separa yang akan berlaku esok menerusi platform Facebook Apadilangit dan Planetarium Negara.

Menurut organisasi berteraskan pendidikan di angkasa, Apadilangit, menerusi program secara langsung itu, orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena itu secara marathon dengan merentasi negara yang terletak di Asia Timur.

“Program ini akan mula bersiaran secara langsung pada pukul 1.30 tengah hari dengan bermula dari Chiang Mai, Thailand; Malaysia, Vietnam, Korea, Singapura, Indonesia, Jepun, Taiwan, Brunei dan Filipina.

“Menerusi siaran langsung ini juga orang ramai berpeluang berkongsi cerita mengenai kepelbagaian budaya berkaitan gerhana matahari serta suasana cerapan di negara terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, program tersebut yang merupakan kerjasama julung kali antara Universe Awareness Malaysia dan Planetarium Negara bertujuan memberi inspirasi kepada generasi muda mengenai keajaiban alam semesta.

Selain itu, katanya, ia juga untuk mempromosikan mesej titik biru pucat mengenai penyatuan manusia yang bernaung di bawah langit yang satu.

Sementara itu, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai program itu boleh mendapat maklumat di facebook Apadilangit atau laman sesawang https://apadilangit.com/my-eaunivase/.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi Apadilangit di talian 0138379232 atau Planetarium Negara di talian 03-22735484.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here