Arab Saudi umumkan ibadah haji tahun ini tidak dibenarkan bagi pengunjung luar negara

0
190
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Ibadah haji tahun ini akan hanya dibenarkan bagi jemaah Arab Saudi dan warga asing yang ringgal di negara tersebut sahaja.

Menurut portal The Guardian, Kementerian Haji Arab Saudi yang mengawal selia ibadah itu berkata, keputusan ini diambil bagi menjaga kesihatan dan keselamatan awam, selari dengan ajaran Islam dalam mengekalkan nyawa manusia.

“Dalam pada itu, para jemaah yang dibenarkan (menunaikan haji) perlu mengamalkan penjarakan sosial dalam usaha melindungi satu sama lain,” kata kementerian tersebut dalam satu kenyataan, semalam.

Ketika ini, Arab Saudi mempunyai lebih daripada 160,000 kes disahkan positif Covid-19 dengan 1,307 kes kematian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here