Bangladesh enggan terima pelarian Rohingya ditahan di Malaysia

0
707
Sebahagian pelarian Rohingya yang ditahan kelmarin di Langkawi

DHAKA – Bangladesh enggan menerima sebanyak 269 pelarian Rohingya yang ditahan di perairan Malaysia kelmarin selepas bot yang dinaiki mereka dirosakkan.

Memetik laporan agensi berita Anadolu, Menteri Luarnya, AK Abdul Momen berkata, negara tersebut tidak mempunyai kewajipan untuk berbuat demikian.

“Bangladesh tidak akan menerima mereka. Bangladesh juga tidak mempunyai kewajipan atau dalam posisi untuk menerima mana-mana pelarian Rohingya,” katanya.

Kelmarin, Malaysia menahan 269 pelarian Rohingya dan menjumpai satu mayat pelarian di atas bos tersebut berhampiran perairan Langkawi.

Dalam pada itu, Abdul Momen menegaskan Rohingya bukan warga Bangladesh, mereka penduduk Myanmar.

Malah, beliau turut meminta negara-negara lain menerima pelarian Rohingya dan beban itu bukan hanya perlu ditanggung Bangladesh sendirian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here