Bekalan makanan sentiasa mencukupi

0
45
Malakat Mall

CYBERJAYA – Bekalan makanan dan keperluan di dalam negara masih mencukupi untuk menampung permintaan sepanjang musim perayaan ketika ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jaminan bekalan yang berterusan itu adalah hasil pemantauan dua agensi utama iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA).

“Semalam penguat kuasa KPDNHEP telah membuat pemantaun harian ke atas 25 jenis bekalan barangan di 892 premis perniagaan termasuk peruncit (669), pemborong (190) dan pengilang (33).

“Selain itu MOA juga membuat pemantauan di peringkat pengeluar makanan dan memberi jaminan bekalan barangan keperluan mencukupi,” katanya dalam kenyataan berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan hari ini.

Ismail Sabri berkata, sebanyak 2,005 operasi pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKPB dijalankan oleh KPDNHEP dan mendapati sebanyak 1,851 premis mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Sebanyak 145 premis telah diberi nasihat dan 9 premis lagi diberi amaran atas ketidakpatuhan SOP.

“Kerajaan ingin menggesa pengusaha dan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan penjarakan sosial dan kebersihan diri terutamanya dalam aktiviti jual beli barangan keperluan harian,” katanya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here