Berita baik buat pengusaha taska, ibu bapa saran tingkat SOP keselamatan anak-anak

0
253
Gambar hiasan

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

SEBELUM ini pelbagai isu melibatkan pengusaha taman asuhan kanak-kanak (taska) dan tadika terpalit disebabkan penularan Covid-19.

Apabila kerajaan membenarkan semua 7,000 taska berdaftar di seluruh negara beroperasi semula, memberi sedikit kelegaan buat mereka untuk menampung semula jumlah perbelanjaan kos operasi.

Segala kebimbangan yang terbuku di hati guru-guru malah ibu bapa dalam menempatkan anak-anak akhirnya kembali lega kerana sudah ramai ibu bapa dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ( PKP) ini sudah keluar bekerja.

Soalnya, sejauh mana pematuhan pihak taska  dengan prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan.

Penulis sendiri pun runsing memikirkan sama ada meneruskan bekerja dari rumah atau tawakal sahaja meletakkan anak di taska.

Namun tetap percaya jika setiap taska, tadika malah sekolah dibenarkan beroperasi pengusaha terlibat perlu sedaya upaya menyahkuman premis, menyusun semula prosedur kemasukan pelajar dan tingkatkan pematuhan supaya mencegah berlakunya gelombang  seterusnya.

Jika terjadi semula penularan Covid-19, sudah pasti memberi kesan yang lebih ramai dalam setiap komuniti kerana melibatkan sebilangan besar ibu  bapa.

Mampukah semua pusat asuhan dan pendidikan galas tanggunggjawab itu?

Sememangnya peranan pihak taska, tadika mahu pun sekolah sangat besar, ibu bapa pula perlu percaya 100 peratus dengan keupayaan mereka mengamalkan SOP yang ditetapkan nanti.

Seperti kata Pengasas Brainy Bunch, Mohd. Fadzil Hashim sebelum ini barangkali pada bulan Disember nanti tidak akan ada cuti kerana hendak menggantikan tempoh tidak bekerja sewaktu PKP ini apabila syarikat-syarikat swasta hendak menampung semula segala kerugian sepanjang PKP.

Kerana terpaksa bekerja, ibu bapa akan menghantar anak-anak ke taska, tadika dan sekolah.

Sektor itu antara sektor terpenting dalam khidmat sokongan ibu bapa.

Kata pengasas Malakat Mall itu juga, ia bukan suatu perniagaan seperti buka kilang baju atau kedai makan.

Kerana itu, ibu bapa janganlah risau kerana perkhidmatan yang mereka sediakan untuk masyarakat adalah perkhidmatan asas dan sudah pasti kerajaan sudah meneliti segala SOP cadangan itu.

Ramai kata, kadar pemulihan taska atau pusat pendidikan anak-anak  ini akan segera ‘sembuh’ berbanding mereka dalam perniagaan.

Cumanya, perlu ada situasi menang-menang, di mana pihak taska mendapat keuntungan semula manakala ibu bapa terus merasa selamat transit atau menempatkan anak -anak di taska.

Ternyata tempoh PKP menjadikan pelbagai perkara tergendala dek kerana ‘si jahat’ sedang menguasai dunia.

Tetapi inilah masanya kita satukan segala tenaga yang ada dalam menghentikan penularan Covid-19,

Benar juga kata menteri itu, tidak timbul lagi isu majikan yang mengarahkan ibu atau bapa bercuti tanpa gaji untuk menjaga anak-anak selepas ini kerana sektor itu kini dibenarkan beroperasi mengikut SOP yang dikeluarkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here