Cadang lokasi baharu perkhidmatan penghantaran Raudhah Grocer Xpress

0
204

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Penyokong  Raudhah Grocer Xpress, Malakat Mall kini berpeluang mencadangkan lokasi-lokasi  baharu bagi perkhidmatan penghantaran barang dalam talian.

Dalam satu hantaran dalam akaun Facebook Raudhah Grocer berkata, pasukan itu kini dalam fasa terakhir untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran dalam talian kepada pelanggannya yang tinggal di kawasan lebih jauh dari Cyberjaya, Putrajaya dan Puchong.

Bagaimanapun pihaknya memerlukan beberapa informasi tambahan daripada pelanggan untuk menentukann senarai kawasan-kawasan tambahan yang perlu dimasukkan sebagai kawasan penghantaran baharu.

“Untuk itu kami memohon agar anda dapat meluangkan lima minit dari masa anda untuk mengisi borang kaji selidik yang telah disediakan.

“Kerjasama anda dalam mengisi borang kaji selidik ini amat penting dan bermakna bagi kami,” katanya.

Katanya lagi, kepada pelanggan di kawasan Cyberjaya, Putrajaya, Puchong, Bandar Baru Bangi, Seri Kembangan, Dengkil, Kajang, Sepang, Putra Height dan Bandar Saujana Putra mereka masih boleh meneruskan pembelian secara dalam talian seperti biasa di www.RaudhahGrocer.com .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here