Cadang nama rangkaian kedai elektrik di Malakat Mall

0
1074

RAUDHAH CITY – Malakat Mall hari ini memuat naik satu hantaran dalam akaun Facebook rasminya mengajak penyokong pusat beli belah itu mencadangkan nama sesuai bagi sebuah kedai barangan elektrik yang akan dibuka tidak lama lagi.

Kenyataan itu berkata, pihaknya akan mengambil alih sebuah kedai elektrik dan mewujudkan jenama kedai elektrik sendiri mengambil konsep rangkaian popular seperti Harvey Norman.

“Inilah antara bukti rezeki yang tidak disangka-sangka. apabila Mr. Wong merupakan kawan lama dan ‘supplier’ Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim memberitahu hasrat untuk bersara daripada menjalankan perniagaan kedai elektriknya.

“Asal ceritanya bermula apabila Coach Fadzil berhajat untuk membuka kedai elektrik dalam Malakat Mall susulan kebanyakan pengunjung memberi pandangan perlunya kewujudan kedai elektrik di situ,” katanya.

Katanya lagi, pengasas Malakat Mall itu pada awalnya hendak meminta tolong rakannya mengedarkan barangan elektrik namun mencadangkan supaya membeli sahaja syarikat itu.

“Pelbagai perniagaan yang Coach Fadzil lakukan dengan membeli perniagaan sedia ada. Ia cara terpantas untuk mulakan perniagaan tersebut dan percepatkan proses pembelajaran perniagaan tu.

“Doakan kedai baharu eletrik ini yang juga merupakan kepunyaan anda melalui saham Koperasi Pembangunan Pengguna Islam (KoPPIM) akan berjaya dan menjadi pilihan utama pengguna Islam Malaysia,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here