Cadangan buka pintu negara secara bersyarat masih dalam perbincangan awal

0
170

CYBERJAYA – Kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan mengenai membuka semula sempadan antarabangsa bagi negara dalam zon hijau kerana ia masih dalam peringkat perbincangan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, hasil perbincangan awal, sebanyak enam buah negara telah dikenal pasti iaitu Singapura, Australia, Brunei, New Zealand, Jepun dan Korea Selatan.

“Kita sudah mengenal pasti enam negara tetapi ia masih pada peringkat perbincangan awal untuk memperoleh persetujuan bersama dan SOP kedua-dua pihak,” katanya pada sidang akhbar Covid-19, hari ini.

Tambah Dr. Noor Hisham, langkah seterusnya berhubung pembukaan semula pintu sempadan nanti, termasuk dari aspek kuarantin, sedang diteliti.

“Kawalan sempadan masih diperketatkan hingga kini walaupun kita memberi sedikit kebenaran kepada beberapa perkara.

“Mereka (yang dibenarkan masuk) perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP), termasuk kuarantin dan saringan,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here