Congo berdepan wabak Ebola ketika memerangi Covid-19

0
127

CYBERJAYA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan Congo yang tidak terkecuali berdepan dengan wabak Covid-19, kini terpaksa memerangi satu lagi krisis kesihatan iaitu penularan wabakEbola.

Memetik laporan Agensi yang dipetik Berita Harian, negara itu bagaimanapun sehingga kini masih belum mengisytiharkan secara rasmi bahawa wabak Ebola sudah tamat di timur negaranya di mana lebih 2,000 maut sejak Ogos 2018.

Ketua Pengarah WHO, Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, kes baharu Ebola juga dikesan di mana pihak berkuasa kesihatan Congo sudah mengenal pasti enam kes di utara Mbandaka di wilayah Equateur.

“Dalam pada itu, Pemerintah Republik Demokratik Congo (DRC) hari ini mengumumkan bahawa penularan baharu virus Ebola juga dikesan dekat bandar Mbandaka di wilayah Equateur.

“Kes terbaharu ini dikesan di bahagian lain iaitu di barat DRC. WHO akan terus menyokong DRC dalam menangani wabak Ebola dan Covid-19,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here